Wednesday, January 2, 2013

Percubaan menjala di musim panas

Sejak minggu lepas; bermula dari 25hb lagi, Perth dilanda heatwave. Cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 42deg. Memang dugaan sungguhlah. Siang malam berkipas dan berhawa dingin. Sungguhpun begitu, panas-panas pun ada juga meredahnya kerana memenuhi jemputan tetamu selain berBoxing Day. Hehe..

Pada tengahari Krismas, kami menghala ke rumah sahabat. Alhamdulillah, dijamu Nasi Dagang Kelantan =) Mulanya, ingatkan takkan ke mana-mana, maklumlah cuti umum di sini memang mostly kedai tak dibuka lebih-lebih hari Krismas. Keesokannya, kami cuba meredah juga Boxing Day. Untuk nak lihat sendiri bagaimana manusia menjadi 'gila' sedikit pada hari yang kebanyakkan barang dijual pada harga yang sangat murah. Berbeza dengan suasana di UK, kebanyakan kedai dan pasaraya di sini, dibuka hanya pada jam 11 pagi. Masa tu, memang hari dah mula terik dan sangat panas. Kalau di UK dahulu, ramai yang sehingga berkampung di depan kedai/pasaraya yang ingin dituju, hanya kerana ingin menjadi orang pertama masuk ke kedai dan kedai dibuka sangat awal! Kalau di sana, dahlah buka pada awal pagi, di kala musim winter pula, gila tak gila manusia hanya kerana ingin bershopping! Huhu..

Kami juga sempatlah mencari dan membeli barang-barang yang dirasakan perlu dan telah berfikir sekian kalinya. Malah ada yang bertahun juga fikir keperluan untuk membelinya! Heheh..

Selain itu, kami hanya duduk di rumah mengenangkan cuaca yang begitu terik. Maryam juga tak tertahan dan sering ajak kami segera pulang ke rumah apabila berada di luar. Memang tak terbayang bagaimana kepanasan di neraka Allah nanti, hanya kerana dugaan panas dunia sedikit pun sudah tak tertahan. Moga Allah pelihara kami sekeluarga dan sahabat semua dari api nerakaMu, Allah Allah.

Bila berada di rumah pula, mulalah berfikir menu apa untuk dimasak. Boring juga anak dan suami asyik makan masakan yang sama. Tapi, biasalah. Chef tak seberapa pandai ni bukannya rajin sangat lebih-lebih lagi pada ketika musim panas yang cepat letih dan penat. Apapun, kenalah digagahkan juga kan, sebab diri sendiri pun tak larat dan sampai hati nak keluar makan sahaja sentiasa. hehe..

Jadi, antara menu yang dicuba ialah roti jala dan kari ayam. Alhamdulillah. Menjadi juga jalaan saya untuk pertama kali di sini. Punyalah lama menyimpan tool menjala, barulah sekarang digunakan. Hehe..

 
Selain tu, saya juga ada mencuba untuk membuat honey orange chicken. Cubaan yang lebih menjadi kali ini dan lebih rasa honey orange chicken berbanding cubaan sebelum ini. Chef tak bertauliah, camtu lah.hehe..Menu ini digandingkan dengan sayur bayam merah, yang saya rasa teringin nak makan apabila menonton rancangan masakan di tv. Alhamdulillah. Menu kampong tak seberapa dari chef tak berapa pandai. hehe..

 

2 comments:

  1. Salam Mazia,
    wah rajinnya menjala musim2 panas mcm ni. sedap nampaknya menu honey orange chicken dan bayam merah tu. :)
    Musim panas ni pun mmg kurang idea nak masak dan nak mkn, last2 smlm kami anak beranak cuma mkn roti pratha dan kari ayam. Tahun baru pun tak jalan ke mana2, cuaca panas sangat nak keluar pun fikir byk kali kan?

    ReplyDelete
  2. Wsalam wbt K Umi,

    Memang malas nak kluar bila cuaca panas di luar. Tapi sempat juga kami pergi crabbing, Alhamdulillah - cuaca makin redup sejak 1Jan sehingga semalam. Moga berterusan =)

    ReplyDelete