Wednesday, December 5, 2012

Durian crepe

Sekarang ni kalau kat Malaysia, penuh sensasi sana-sini orang sibuk cakap pasal durian crepe. Kita kat sini, melopong sahajalah tengok orang letak gambar, telan air liur. Hhehe..nak buat sendiri, kena fikir banyak kali. Hehe..Yelah, durian bukannya benda yang murah kat sini. Bila tengok resepi, macam senang aje (eceh) tapi itulah kan, nak tunggu sampai seru rajin tu taktahulah bila.

Tapi Alhamdulillah, rezeki tu memang kehendak Allah. Alhamdulillah. Dapat juga merasa minggu lepas. Berkongsilah dengan cik puan tuan puteri tu, memandangkan durian pun favourite dia. Alhamdulillah, orang memberi kita merasa. Alhamdulillah, sedaplah juga. Durian-kalau dah memang favourite, masak pun pasti sedap kecuali tempoyak.hehe.. Dapat extra lagi, durian cheese tart, Alhamdulillah.

Durian crepe (satu dah selamat makan) & durian cheese tart. Alhamdulillah

InsyaAllah suatu hari nak cuba juga. Maybe masa tu dah outdated la durian crepe, kita baru terhegeh-hegeh nak cuba buat.

2 comments:

  1. Kalau dpt durian kat sini mmg tak sempatnyer nak jd crepe ke apa..kan kan? :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu K umi. Durian punya pasal, makan gitu je insyaAllah sedap & puas.hehe..

    ReplyDelete