Monday, October 15, 2012

Nasi dagang perantau Perth =)

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang diberikan nikmat kehidupan sehari lagi. Nikmat iman dan Islam, berpeluang menunaikan solat Subuh bersama suami seperti biasa. Alhamdulillah.
Minggu baru kini bermula lagi, dan sudah melepasi separuh bulan Oktober. Cepat betul dirasakan masa berlalu, tinggal lebih kurang 3 bulan lagi bakal meninggalkan tahun 2012 dan menginjak ke tahun baru Masihi yang baru iaitu 2013. Allahu Allah. Moga Allah menerima setiap amalan ibadat kita selama ini, doa yang harus dipohon setiap hari, masa & ketika kerana jika tidak, betapa ruginya kita. Ruginya manusia yang berfitrah memerlukan penciptanya setiap masa, ruginya kita jika amalan harian kita tidak diterima dan sia-sia. Na'uzubillah min zalik.

Berbalik kepada entri kali ini, keinginan untuk makan nasi dagang ni dah agak lama sebenarnya. Masa pulang beraya di Malaysia tempoh hari memang tak sempat nak merasa. Mana tidaknya, masing-masing menjamu lauk Raya; ketupat rendang, nasi tomato dan sebagainya. Lainlah kalau saya pulang beraya ke sebelah pantai Timur! Mungkin mudah rasanya nak menikmati nasi dagang ni walaupun musim Raya.

Jadi saya cuba juga untuk buat sendiri. Banyak yang dijumpai dalam internet memerlukan beras dagang iaitu sejenis beras berwarna perang. (Harap dapatlah betulkan saya jika tersilap ya!) Cara memasak nasi juga agak berbeza; samada secara kukus mahupun tanak terus dalam periuk nasi. Memikirkan saya yang lebih suka cara yang mudah, akhirnya saya cuba campurkan beberapa resepi yang saya jumpa dan cuba sendiri mengikut bahan-bahan yang saya ada.

Alhamdulillah, inilah hasilnya! Bau nasi dagangnya memang tidak sah lagi; ALhamdulillah - menunjukkan nasi dagangku berhasil..hehe..Bau halba kalau tak silap, yang membuatkan nasi dagang tu harum =)


Set nasi dagang =)

Untuk gulai pula, saya hanya memilih gulai ayam biasa sahaja. Mana tidaknya, kebanyakkan resepi yang saya jumpa, memerlukan bahan rempah nasi dagang spesial! Manalah saya nak cari di Perth ni..hehe.. (kalau ada yang tahu, bolehlah bagitahu saya ya =) ) Jadi terhasillah gulai ayam ala-ala kari ayam sebenarnya =)

1 comment: