Wednesday, July 18, 2012

The time will come, sooner or later.

Saat kematian itu pasti akan hadir, tidak mengira samada umur kita sudah mencapai umur average manusia iaitu berusia 60 tahun atau tidak. Kadangkala umur seseorang itu ditarik oleh Allah seawal beberapa bulan dalam kandungan rahim, dan ada juga sehingga mencecah umur 100 tahun. Tiada siapa yang tahu tarikh penting ini. Saya. Kamu. Sesiapa sahaja. Melainkan Allah SWT.

Sengaja Allah merahsiakan bilakah tarikh untuk kita meninggalkan bumi sementara ini, agar manusia sentiasa beringat dan berwaspada di atas apa sahaja yang dilakukan. Samada setiap amalan kita itu dilakukan hanya semata keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Adakah seluruh kehidupan kita ini dipenuhi warna2 suci, dipayungi lindungan rahmat Allah atau sebaliknya. Allahu Allah. Sungguh, manusia ini sering terleka dan perlu diperingatkan sentiasa. Selalu. Hampir setiap masa. Itulah peringatan buat semua, terutama buat diri sendiri yang sentiasa leka dan alpa. Namun, hanya segelintir manusia yang beringat. Hanya segelintir manusia yang bersyukur.

Teringat saya mengenai suatu kisah seorang pemuda yang sedang bertawaf dan berdoa di hadapan Kaabah semasa zaman Khalifah Umar. Khalifah Umar sangat pelik melihatkan pemuda ini yang hanya berdoa agar Allah memasukkannya dalam golongan yang sedikit. Umar mendatangi pemuda itu dan bertanyakan tentang doa tersebut. Pemuda itu kemudian menjawab, sesungguhnya beliau sangat takutkan firman Allah SWT yang bermaksud,

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amatlah sedikit kamu bersyukur," Quran, (Al-'Araf, 7:10)

Dalam tempoh kurang sebulan ini, saya dikunjungi berita tentang kematian ahli keluarga terdekat sahabat iaitu ayahanda sahabat saya di sini. Dan pagi ini, kami dikejutkan pula dengan berita kematian kenalan kami, yang sangat baik dan berhati mulia. Sahabat yang kami kenal sewaktu kami merantau mencari ilmu di bumi asing, United Kingdom. Kenalan yang berusia beberapa tahun lebih tua, berpangkat Abang buat kami. Allahyarham yang sangat komited dalam kerja terutamanya kerja-kerja Islam. Innalillahi wainnailaihi raaji'un.

Masa untuk kita kembali kepada dunia yang kekal bakal tiba. Moga Allah menerima amalan ibadat kita selama ini, mantapkan keimanan serta memelihara diri kita, keluarga dan sahabat semua dari azab kubur juga azab api neraka yang amatlah pedih.

1 comment: