Tuesday, July 31, 2012

Tarawikh di Perth

Suatu peluang yang Allah berikan pada kita ialah peluang untuk kita bertarawikh sepanjang Ramadhan. Betapa beruntungnya kita jika dapat memanfaatkan peluang Ramadhan ini untuk terus beribadat dan menambah amalan, sebagai bekalan untuk kita insyaAllah.

Alhamdulillah, Maryam juga tidak ketinggalan untuk bertarawikh bersama-sama. Hehe..tapi biasalah kan budak-budak, ada masa boleh la nak fokus. Ada masa untuk bermain pula datang. Tapi Alhamdulillah, kali ini Maryam banyak mengingatkan kami setiap kali untuk bertarawikh di masjid..dah tahu benar masa untuk ke masjid kalau dah waktu menunjukkan jam 6 lebih.hehe..

Pada malam pertama, kami berpeluang bertarawikh di Murdoch Uni. Alhamdulillah, mengikut uncle & Aunty ke sana. Pertama kali juga kami masuk ke perkarangan Murdoch Uni. Tempat solat sangat selesa Alhamdulillah. Bagi yang berminat bolehlah ke sana, berdekatan Carpark 5. Kalau dari kawasan rumah kami, perjalanan adalah dalam 15-20 minit juga. Malam seterusnya, kami menjengah ke UWA pula. Alhamdulillah. Maryam la orang yang paling seronok, sambil dapat solat sambil berjumpa kawan dan kakak-kakak. Hehe..Malam seterusnya pula kami menjengah ke Curtin Uni - bertukar-tukar angin bergantung kepada keadaan. Moga Allah terus beri kekuatan untuk bertarawikh sehingga berlalunya Ramadhan walau di mana juga - hatta di rumah sekalipun. Aamiin.

Maryam dalam kereta, selepas bersolat di Murdoch Uni

Maryam @ Curtin Uni

Alhamdulillah, setakat ini saya tidak ada mendengar sebarang komplen mengenai kanak-kanak seharusnya dibiarkan dirumah sahaja. Bawa ke masjid nanti buat bising dan menganggu hadirin yang ingin bersolat sahaja. Mungkin budaya masyarakat Islam di sini boleh terima jika kita membawa anak bersama-sama ke musolla atau masjid. Bagaimana pula di negara kita Malaysia? Saya ada juga terbaca komen sahabat saya mengenai hal bawa anak-anak ke masjid: ada yang menentang dan tidak kurang juga menggalakkan kami mendidik anak mencintai masjid.

No comments:

Post a Comment