Monday, July 30, 2012

Ramadhan di Perth

Alhamdulillah, kini sudah masuk minggu kedua Ramadhan.. Moga kita semua terus istiqamah dengan setiap amalan yang biasa atau baru kita mulakan semasa Ramadhan menjelma. Moga kita juga telah berpindah kepada gear yang lebih tinggi, agar penuh bersedia untuk menemui malam paling berkat dan mulia insyaAllah - Malam LailatulQadr. Semoga kita berpeluang menemuinya Aamiin..
Sepanjang seminggu yang pertama juga kami hanya berbuka di rumah, dengan masakan sendiri. Alhamdulillah. Saya lebih bersemengat untuk menyediakan juadah berbuka & bersahur, lebih-lebih lagi mengenangkan suami yang bakal makan taktentu hala tapi insyaAllah berkhasiat untuk minggu-minggu seterusnya..

Alhamdulillah, nasi tomato berlaukkan ayam masak merah dan sayur campur kacang panjang dan karot pada hari pertama & ketiga =)



Hari kedua dikurniakan nikmat nasi putih berlaukkan daging green curry. Maaf terlupa ambil gambar. Manakala hidangan nasi lemak ayam tandoori menjadi menu utama pada malam seterusnya, diserikan dengan buah strawberi, donut dan karipap goreng. Alhamdulillah.



Nasi bukhara daging dan kari ayam, serta lebihan sambal ikan bilis untuk hidangan berbuka malam seterusnya, Alhamdulillah Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan tenaga.


Juga side dish ayam dan chips dari Chicken Treat, lebihan makanan tengahari anak..hehe..


Setelah lima hari memasak dan menjamu keluarga, kini lauk-lauk biasa sahaja untuk minggu-minggu seterusnya..dan untuk kedua kalinya dalam Ramadhan kali ini, saya membeli juadah berbuka dan kuih-muih di Spicy Mama Bar di Bentley. Pertamanya ialah semasa saya membeli nasi kerabu berlauk daging bakar ($4) dari kawan di sini.

Nasi Putih + Sambal Udang Tauhu + Sayur Kobis + Daging Kicap = Kenyang sangat!!Alhamdulillah
Semuanya $6 untuk sepinggan yang sangat banyak!
Sungguh tak terkira nikmat yang Allah kurniakan buat kita. Namun, kita sebagai manusia selalu lalai dan lupa dan komplen benda-benda yang kita tak dapat atau berdoa masih belum dikabulkan oleh Allah. Ramai lagi manusia di luar sana yang entahkan makan entahkan tidak, yang hanya bergantung sepenuhnya kepada keadaan. Allahu Allah. Moga kita ditempatkan di kalangan yang sedikit, iaitu yang sering bersyukur dengan nikmatMu.

2 comments:

  1. Salam Mazia..
    menarik juga nasi kat spicy mama ya. k umi beli kuih dan mi rebus aje. nanti bila dah tak ada idea nak masak apa boleh la try nasi dan lauk kat situ pulak. nampak pun sedap dan nampak banyak berbaloi dgn harganya. :)

    ReplyDelete
  2. Salam wbt akak,

    Memang sgt banyak! Boleh makan 2 orang atau lebih..eheh..In fact, lauknya pun boleh nak diasingkan. Kira sangat berbaloi. Haritu kami pun beli kuih juga..eheh. Maryam nampak kuih, semua dia nak macam dia yg berpuasa..hehe

    ReplyDelete