Thursday, June 7, 2012

7th June is the date..

source: google


Alhamdulillah.

Bertambah setahun lagi umur hari ini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Diri ini terus diberi peluang untuk merasai nikmat yang dikurniakan terutamanya nikmat Iman & Islam serta diberi kesempatan untuk memperbaiki ibadat dan menambah amal kebajikan insyaAllah; untuk diri sendiri, keluarga & seluruh masyarakat insyaAllah.

"Hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." Quran, Ali-Imran (3:104)

Sebagai peringatan untuk diri sendiri, agar berlumba-lumba menjadi sebahagian daripada golongan orang yang beruntung ini insyaAllah, Ameen.

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amatlah sedikit kamu bersyukur," Quran, Al-A'raf (7:10)

Sebagai peringatan agar sentiasa berlumba-lumba menjadi sebahagian daripada golongan yang sedikit itu - yang sentiasa bersyukur di atas apa jua nikmat & ujian ketentuanNya, insyaAllah, Ameen.

Moga Allah terus pelihara & melimpahi rahmat buat diri, keluarga dan semua.



"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka" Quran, Al-Baqarah (2:201)

4 comments:

  1. Happy Birthday Mazia!! Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki insya Allah :D

    ReplyDelete
  2. Hi, Mazia.. happy belated birthday to you! been following yr blog for quite some time now. love d way you write and every bits about your beautiful little girl!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Shakila for the wish!
      May Allah grant you happiness always!
      Do keep in touch dear! Take care!

      Delete