Friday, July 29, 2011

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong Secepat Mungkin!

Destinasi borong pilihan saya ialah Saigon, insyaAllah! Berbekalkan sedikit pengalaman sendiri dan ilmu yang mencurah-curah yang ditimba melalui Guangzhou101 suatu ketika dahulu, saya yakin untuk memulakan langkah seterusnya. Peluang cerah yang bergolek di depan mata harus dicekup secepatnya.


Sememangnya impian untuk berniaga sendiri sudah lama tertanam sejak menengah lagi. Namun, masa dan modal selalu tidak mengizinkan. Aduh, itu semua mungkin sekadar alasan. Ramai sahaja usahawanita hebat, yang saya sendiri cemburu dengan kecekalan mereka. Berbekalkan modal yang termampu, dropship dan belian borong adalah paling relevan dengan situasi ketika itu. Sedikit demi sedikit pengalaman dan ilmu harus ditimba bagi melengkapkan diri apabila memiliki bisnes sendiri kelak insyaAllah. Kini, alasan bekerja sudah tidak relevan. Status fulltime housewife seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya! The time has come!

Keberadaan kami di negara orang putih sememangnya membuka peluang untuk memulakan bisnes pakaian terutamanya modest clothing. Pakaian seperti blouse labuh muslimah, skirt labuh dan sebagainya mampu menggalakkan penduduk di sini berpakaian sopan di samping masih kelihatan elegan dan bergaya. Stail pemakaian cukup sempurna ditunjukkan dalam Islam. Inilah yang ingin kami tonjolkan kepada semua di sini, khususnya mereka yang berkulit putih. Pakaian busana bukan hanya dicipta untuk muslimah, tapi sesuai dan selesa untuk semua; jika ia digayakan mengikut perubahan cuaca dan masa.


Selain itu, penduduk berasal dari negara ‘hujan batu’ pun agak ramai bermastautin di sini. Mereka seperti dahagakan serta tertunggu-tunggu produk sebegini. Pilihan busana masih ada di sini, namun kebanyakkan samada outdated atau hanya berkisar warna-warna yang kelam sahaja. InsyaAllah, dakwah melalui penampilan dan pemakaian yang sejuk mata memandang.


Mengapa Saigon? Mengapa bukan China? Seperti yang diketahui, produk busana lebih meluas di Saigon. Sekiranya bisnes sudah melangkah maju, pastinya China juga bakal dituju untuk pencarian material pembuatan busana itu sendiri. Sungguhpun tidak berkesempatan mengikuti Saigon101, insyaAllah mana tahu rezeki akan terus ke Saigon102!=)


Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.


GiveAway ini juga bersiaran khas dari Our Own World

1 comment: